Pages

Wednesday, January 14, 2015

KANTOI TUKAR NOMBOR PLAT


Beberapa anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang dipercayai dicuri sebelum ditinggalkan.



Sungai Petani – Kegiatan mencurigakan sekumpulan lelaki yang sentiasa menukar dan memasang nombor pendaftaran kenderaan membongkar kegiatan jenayah yang dilakukan mereka.

Tindakan berkenaan bagaimanapun dikesan penduduk Kampung Batu Dua, Sungai Petani kira-kira jam enam petang kelmarin sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.

Penduduk mendakwa, kumpulan itu disedari cuba membawa masuk kenderaan ke kawasan berkenaan sebelum menukar nombor pendaftaran dan tayar kenderaan selain mengubahsuai beberapa komponen lain.

Difahamkan, mereka juga dilihat kelihatan memandu keluar kenderaan sama untuk beberapa jam sebelum balik semula ke lokasi berkenaan.

Bagaimanapun, tindakan mereka yang meninggalkan kereta di kawasan terlindung dalam tempoh beberapa hari mendatangkan curiga orang ramai yang seterusnya menghubungi anggota polis.

Hasil pemeriksaan polis mendapati kenderaan terbabit didaftarkan di Pulau Pinang dan besar kemungkinan adalah kenderaan curi.

Kes dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda untuk tindakan lanjut.

Siasatan lanjut berhubung kejadian akan dijalankan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor