Pages

Thursday, January 1, 2015

JERANTUT : AIR BUKIT JADI SUMBER BEKALAN AIR BERSIH


Penduduk sekitar bandar Jerantut terpaksa mencari sumber air bukit sebagai alternatif kerana bekalan air paip tèrputus sejak  hampir seminggu lalu.

Ada antara mereka datang dengan lori atau kenderaan pacuan 4 roda dan lengkap dengan tong besar serta pam air.

Pemandangan kenderaan berhenti dipinggir jalan dilereng-lereng bukit untuk mandi dan mengambil air sudah jadi pandangan biasa disekitar Jerantut.

Selain itu, sungai serta air terjun juga turut jadi tempat mendapatkan bekalan air bersih untuk kegunaan harian.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor