Kota Kinabalu - Tanah Runtuh sepanjang kira-kira 100 meter berlaku di Kilometer 38.8 Jalan Kota Kinabalu-Tambunan, petang tadi.
Jurutera Cawangan Pemeliharaan Jalan Raya Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah Kenny Theu berkata, kejadian pada kira-kira 3 petang itu menyebabkan laluan berkenaan tidak boleh dilalui kenderaan daripada kedua-dua arah.
"Kerja-kerja pembersihan di lokasi kejadian sedang dijalankan pihak JKR dan setakat 6.10 petang tadi, hanya satu lorong jalan sudah boleh dilalui," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor