Pages

Monday, January 26, 2015

GURU LEPAS TUDUHAN EDAR GAMBAR LUCAH


Kuala Lumpur - Seorang guru bahasa Inggeris hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini daripada pertuduhan mengedar gambar lucah kepada seorang remaja, lima tahun lepas. 

Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki membuat keputusan itu terhadap C. Shanmuga, 35, selepas pihak pembelaan berjaya menimbulkan kes melampaui keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

"Sehubungan itu, tertuduh dilepaskan dan dibebaskan serta wang jaminan dipulangkan," kata Namirah.

Mengikut pertuduhan, guru berkenaan didakwa mengedar gambar lucah kepada remaja itu yang berumur 21 tahun, di Jalan GU 3/10, Taman Garing Utama, Rawang di sini antara 21 April hingga 27 April, 2010.

Dia didakwa mengikut Seksyen 293 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hafizah Rajuni manakala Shanmuga diwakili peguam Haresh Mahadevan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor