Pages

Wednesday, January 14, 2015

DIHUKUM KERJA AMAL SEBULAN


Rakaman CCTV juga menunjukkan seorang jemaah cuba mengejar lelaki terbabit.


Tanjung Bungah - Gelagat pencuri tabung yang berjaya dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) menyebabkannya ditangkap polis dan dihukum oleh jawatankuasa Masjid Terapung Tanjung Bungah di sini, dengan melaksanakan kerja amal.

Setiausaha masjid, Yahaya Ishak berkata, tindakan pencuri tabung masjid itu dirakamkan dan lelaki berkenaan kemudiannya ditahan polis setelah wajahnya berjaya dicam.

Menurutnya, dipercayai lelaki yang juga pembantu di sebuah kedai makan di Batu Ferringhi itu mencuri kerana tidak cukup duit.

“Pihak polis kemudiannya menyerahkan kepada kami untuk membuat keputusan sama ada mahu memasukkannya ke lokap ataupun ada tindakan lain yang akan dilakukan.

“Memandangkan wang yang dicuri hanyalah puluhan ringgit dan tidak mengakibatkan kerugian besar jadi pihak masjid mengambil keputusan mengenakannya hukuman melakukan kerja amal,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Pengerusi Kariah masjid, Roslan Abu Bakar berkata, hukuman yang dikenakan adalah melakukan kerja amal selama sebulan.

Katanya, antara kerja yang perlu dilakukan termasuklah membersihkan masjid.

“Kalau boleh kami tidak mahu membebankan hidupnya, jadi hanya kerja amal ini yang mungkin boleh mengubah lelaki terbabit tetapi itu tidak semestinya menjadi tiket kepada orang lain untuk melakukan perbuatan yang mencemarkan akhlak sebagai umat Islam,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor