Pages

Wednesday, January 21, 2015

BUANG BAYI: PELAJAR DITAHAN


Laporan Sinar Harian, semalam.


Kota Bharu- Seorang pelajar berusia 17 tahun ditahan berhubung kes buang bayi di Kampung Gual Nering, Rantau Panjang, di sini, petang kelmarin.

Pelajar terbabit ditahan kira-kira jam 2.30 petang selepas laporan polis dibuat oleh seorang lelaki berusia 43 tahun yang menjumpainya berhampiran rumah.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim mengesahkan menerima laporan tangkapan terbabit.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan polis Kelantan masih menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan yang berlaku pada 24 Disember lalu ketika musim banjir.

Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram itu ditemui dalam bungkusan dan berada dalam keadaan sihat.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor