Shah Alam - Seorang bekas kontraktor bingkai aluminium dijatuhi hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki, lapan tahun lalu.
Hakim, Datuk Mohd Sofian Abdul Razak membuat keputusan itu terhadap Wong Poh Ling, 37 selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah pada akhir kes.
Dalam penghakimannya, beliau berkata, keterangan pembelaan bahawa tertuduh berada dalam keadaan tidak sedar ketika melakukan pembunuhan itu kerana dipengaruhi dadah dan alkohol yang diambil pada malam kejadian itu adalah tidak boleh diterima.
"Keterangan yang diberikan pakar psikatri mendapati Poh Ling dalam keadaan waras ketika kejadian itu berlaku,"katanya.
Poh Ling didapati bersalah membunuh Choong Lap Hing, 34, di Jalan tepi Restoran PJ Seafood, Kelana Jaya, Kampung Chempaka Kelana Jaya jam 4.45 pagi pada 26 Ogos 2007.
Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Siti Norbaya Jamil dan peguam bela Gurubachan Singh Johal serta Qeemnoor Zahreen Zazanee Muhamad Noh mewakili Poh Ling.
Seramai 16 saksi pendakwaan dan 16 saksi pembelaan dopanggil memberi keterangan sepanjang prosiding bermula pada 4 April 2011.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor