Pages

Thursday, January 15, 2015

7 RENTUNG, KEMALANGAN BAS PERSIARAN


Keadaan bas yang terlibat dalam kemalangan tadi.


Tapah - Tujuh rentung dalam kejadian kemalangan melibatkan bas persiaran yang berlaku di Kilometer 326.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran susur keluar Tapah dalam kejadian yang berlaku awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 1.15 pagi itu, bas persiaran yang dipercayai membawa 30 penumpang termasuk pemandu dalam perjalanan dari Kuala Kurau menuju ke Genting Highlands sebelum terlibat dalam kemalangan tersebut.

Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila bas persiaran berkenaan telah melanggar satu tayar yang berada di tengah jalan sebelum merempuh sebuah kereta Dahaitsu Charade yang diparkir di kiri jalan sebelum terbabas masuk ke dalam longkang dan terbakar.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, setakat ini tujuh ditemui mati,15 cedera parah dan tujuh lagi cedera ringan manakala seorang lagi masih disiasat.

Menurutnya kesemua mangsa maut termasuk 14 yang cedera parah dibawa ke Hospital Tapah manakala seorang lagi yang cedera parah dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

"Setakat ini kami masih belum dapat mengenal pasti identiti mangsa maut dan siasatan masih terus dijalankan," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor