Kuala Lumpur - Dua lelaki termasuk seorang warga Hong Kong ditemui dalam keadaan cedera parah di sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini semalam dipercayai disamun dua warga Afrika.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintendan A. Asmadi Abd Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9 malam yang melaporkan mangsa ditemui parah dalam sebuah bilik di hotel tersebut.
"Kedua-dua mangsa yang berumur 34 dan 40 tahun dipercayai menggunakan bilik berkenaan untuk menjalankan urusan perniagaan sebelum mereka disamun dan dicederakan kedua-dua suspek yang kemudiannya melarikan diri.
"Kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk diberikan rawatan dan keadaan mereka masih tidak stabil," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata mangsa dipercayai ditetak dengan parang.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor