Kuantan - Dalam sidang dewan yang berlangsung pagi tadi, Wakil Kerajaan, Adun 'Benta' menyindir 'Mentakab' yang berucap dalam membahaskan usul apabila beliau memohon agar sidang dewan dipanjangkan.
'Benta' memaklumkan bahawa sebenarnya sidang dewan dijadualkan berlangsung sehingga 23 Disember nanti, namun atas permohonan bertulis dari wakil pembangkang ianya dipercepatkan.
Sudah tentulah sukar untuk memenuhi kedua-dua permohonan yang bercanggah dalam masa yang sama. Jelaslah bahawa dalam pembangkang sendiri tidak ada persamaan pendapat.
Dalam sesi petang, wakil Beserah dalam ucapannya antaranya membantah cadangan ternakan ikan sturgeon di Kuala Tahan dan dalam masa sama menyokong pendirian Ahli Parlimen Jerantut yang membantah projek berkenaan.

No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor