KENINGAU – Polis berjaya menahan seorang remaja lelaki tempatan berumur 20 tahun kerana disyaki merogol pelajar perempuan bawah umur di sebuah pondok berhampiran sawah padi di Jalan Intake, di Nabawan, dekat sini baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Keningau Deputi Superitendan, Douglas Taong berkata, tangkapan dilakukan selepas ibu mangsa membuat laporan polis pada keesokan harinya.
“Pemeriksaan ke atas mangsa dilakukan oleh pihak Hospital Keningau yang mengesahkan mangsa telah dirogol. Kejadian berlaku pukul 2.30 petang pada hari tersebut. Ketika itu mangsa tertidur kerana mabuk lalu tidak sedarkan diri bersama dua rakan mangsa dan dua rakan suspek itu.
“Apabila mangsa sedar kira-kira pukul 7.20 malam, mangsa hanya seorang diri bersama suspek dan dua rakannya manakala dua rakan mangsa lagi tiada pada masa kejadian itu. Hasil siasatan, suspek telah mengaku merogol mangsa,” katanya.
Douglas berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan serta suspek kini tahanan reman polis untuk tindakan lanjut. – Oleh Kalawon Sawing / SayangSabah
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor