Pages

Monday, December 1, 2014

PESAWAT RINGAN TERBALIK SEMASA MENDARAT


Pesawat ringan terbalik semasa mendarat


Kota Bharu - Sebuah pesawat ringan jenis Piper 9M-NRS yang membuat latihan penerbangan terbalik ketika melakukan pendaratan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa di sini, pagi tadi.

Bagaimanapun, juruterbang pelatih berusia 37 tahun yang mengendalikan pesawat berkenaan dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius.

Pengurus LTSIP, Ramzi Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.15 pagi ketika mangsa melakukan pendaratan di kawasan lapangan terbang tersebut.

“Semasa mendarat, pesawat berkenaan dipercayai terkeluar dari landasan dan berhenti di kawasan kritikal.

“Dalam kejadian itu, hanya pesawat itu sahaja mengalami kerosakan dan juruterbang dilaporkan selamat. Kita serahkan kes ini kepada pihak Jabatan Penerbangan Awam (DCA) untuk tindakan susulan,” katanya kepada media, hari ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor