Kuala Lumpur - Pengusaha ikan dalam sangkar, Chan Sai Chiun, yang diculik di Kampung Sapang Air, Kunak, Sabah sejak tujuh bulan lalu oleh sekumpulan lelaki bersenjata dari selatan Filipina, dibebaskan semalam di Sabah.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, namun enggan mengulas lanjut kerana beliau kini berada di luar negara atas tugasan rasmi.
Pihak Bernama juga tidak mendapat maklumat tentang keadaan kesihatan Chan, 32.
Isteri mangsa, Chin Pek Nyen, 42, dari Ipoh, Perak sebelum ini mendakwa kumpulan penculik meminta wang tebusan RM15 juta, tetapi akhirnya mengurangkan jumlah tuntutan kepada RM3 juta.
Chan bersama seorang pekerja yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an diculik dua lelaki bersenjata di pusat ternakan ikan itu pada tengah malam 16 Jun lalu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor