Pages

Thursday, December 18, 2014

PEMIMPIN, PTD PERLU IKATAN EMOSI, KATA NAJIB


Najib Tun Razak


Putrajaya - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu 'ikatan emosi' dipupuk antara pemimpin negara dan pegawai perkhidmatan tadbir dan diplomatik (PTD) untuk mewujudkan keserasian dalam memacu visi dan impian negara.

Katanya pemimpin negara dan PTD, yang beliau sifatkan sebagai perkhidmatan perdana, mesti mewujudkan kaedah dan saluran supaya mewujudkan hubungan yang begitu erat dan mesra antara sama satu lain.

"Ini bukan retorik politik mesti dalam hati kita ada ikatan emosi. (Usaha) ini makan masa tapi perlu dilakukan," katanya pada Wacana Kepimpinan Perdana Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Bersama Perdana Menteri yang dihadiri kira-kira 3,000 pegawai PTD di sini, semalam.

Pada majlis itu beliau berkongsi dengan hadirin kenangan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein yang mempunyai hubungan yang begitu akrab dengan PTD ketika memimpin negara dan berharap ia dapat diteladani.

"Ayahanda saya kenal siapa DO (pegawai daerah) seluruh negara dengan namanya sekali. Bapa dia (DO berkenaan) pun ayahanda saya kenal. Ini merupakan cerminan betapa erat hubungan pemimpin dan pegawai pentadbir pada masa itu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor