Muar - Mahkamah Sesyen Muar, semalam menjatuhkan hukuman Perintah Kehadiran Wajib selama tiga bulan dan bon jaminan sebanyak RM5,000 ke atas penyanyi rap kontroversi, Namewee selepas mengaku bersalah cuba mengaibkan kehormatan seorang kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Oktober 2009.
Namewee atau nama sebenarnya, Wee Meng Chee, 31, membuat pengakuan tersebut sebaik sahaja pertuduhan dibacakan oleh Ketua Unit Pendakwaan Johor, Saiful Edris Zainuddin.
Hakim Roziyanti Ahmad menjatuhkan hukuman penjara selama tiga bulan terhadap Namewee atas kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Peguambela tertuduh, Hishamudin A Aziz membuat rayuan agar hukuman tertuduh dikurangkan.
Roziyanti kemudiannya menukar hukuman terbabit kepada hukuman Perintah Kehadiran Wajib selama tiga bulan, selain tertuduh turut dikenakan bon jaminan sebanyak RM5,000.
Mengikut fakta kes, Namewee didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Pengurusan Bekalan TNB di Jalan Temenggong Ahmad dengan niat untuk mengaibkan seorang kakitangan TNB, Wan Mohd Faizal Wan Hamat, pada 26 Oktober 2009.
Tertuduh yang diwakili peguam bela, Hishamudin dan Rahani Sabtu, didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor