Pages

Saturday, December 27, 2014

KUANTAN : SESI PERSEKOLAHAN KAWASAN TERLIBAT BANJIR BOLEH DITANGGUH




Sesi persekolahan untuk sekolah terjejas banjir, termasuk yang dijadikan pusat pemindahan akan ditangguhkan sehingga keadaan banjir kembali pulih, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata ia akan diumumkan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan negeri bergantung kepada perkembangan banjir di negeri masing-masing.

"Kita lihat dulu, kalau keadaan memerlukan ... boleh dilambatkan (sesi persekolahan) kerana sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan banjir dan itu tidak jadi masalah.

"Semua prosedur operasi standard (SOP) tentang perkara itu telah sedia ada. Pegawai Jabatan Pendidikan peringkat negeri dan daerah pun tahu, malah guru besar pun tahu, jadi tidak ada masalah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat pusat pemindahan banjir di Dewan Sukan Pahang (Sukpa) semalam. Turut serta Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor