Kuantan - Seorang lelaki hilang manakala rakannya terselamat selepas bot yang mereka naiki dipukul ombak sebelum terbalik di Pantai Baru, Gebeng dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata Tan Kok Meng, 37, dari Batu 3 dekat sini dan rakannya Chea Yong San, 33, dari Taman Kurnia Jaya dekat sini, keluar memancing di kawasan berkenaan pada 8 pagi semalam.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 12 tengah hari semasa kedua-dua mangsa berada di dalam bot fiber berkenaan, sebelum tiba-tiba bot itu dipukul ombak dan terbalik.
"Chea berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, namun mangsa (Tan) tidak ditemui," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata Chea juga meminta bantuan rakannya yang lain sebelum membuat laporan di Balai Polis Gebeng.
Polis segera ke lokasi kejadian selepas menerima laporan pada 1.35 tengah hari, sebelum meminta bantuan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, polis marin serta bomba untuk mencari mangsa, katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor