Kuantan - Hasrat 11 nelayan warga Vietnam untuk terus bekerja sebagai nelayan di sini bagi menyara keluarga di kampung halaman terbantut selepas mereka ditahan pihak berkuasa kerana memasuki dan berada di negara ini tanpa pas yang sah.
Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an itu dihadapakan Ke Mahkamah Majistret Kuantan semalam atas tuduhan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali dan tidak lebih enam kali sebatan.
Tertuduh yang diwakili peguam mengaku bersalah sebelum dihukum penjara selama tiga bulan bermula tarikh mereka ditangkap 27 September lalu.
Hukuman diputuskan Majistret Jesseca Daimis manakala pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Maritim Malaysia, Nur Ezdiani Roleb.
Berdasarkan kertas pertuduhan, mereka didakwa masuk dan berada di negara ini tanpa pas sah dikeluarkan kerajaan Malaysia selepas ditahan pihak berkuasa untuk pemeriksaan ketika berada di atas bot kargo ‘KARANG 1’ kira-kira 48 batu nautika dari Kuasla Kuantan, 27
September lalu.
Sebelum itu, mereka melalui peguam memohon agar dikenakan hukuman penjara paling ringan kerana tidak mampu membayar denda memandangkan hanya bekerja sebagai nelayan dengan pendapatan antara RM300 hingga RM350 sebulan bergantung kepada hasil
tangkapan.
Sementara itu, peguam juga meminta agar mahkamah mempertimbangkan agar mengetepikan hukuman sebatan dengan alasan hukuman itu bukan mandatori bagi kesalahan tersebut.
Pada masa yang sama, pihak pembelaan juga mengemukakan alasan bahawa kes tersebut tidak melibatkan keganasan dan tidak berlaku sebarang kekasaran sewaktu tangkapan dilakukan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor