Beijing - Seorang ahli perniagaan dari wilayah Hebei menjadi mangsa kecaman pengguna Internet gara-gara mempunyai isteri jelita.
Lelaki berkenaan, Mei Aisi kini menetap di Ukraine dan berkahwin dengan seorang gadis cantik dari negara itu.
Hasil perkahwinan, pasangan tersebut dikurniakan seorang anak lelaki lapor media China Daily.
Bagaimanapun, tindakan Aisi memuat naik gambar isterinya di laman web Weibo mengundang rasa tidak puas hati pengguna Internet di China.
Ada menganggap isterinya sebagai mata duitan kerana Aisi bukannya lelaki yang kacak.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor