Turki - Seorang pelancong maut manakala sembilan yang lain cedera dalam kemalangan belon udara panas yang membawa pelancong dari China dan Malaysia di Turki, awal hari ini, lapor BBC.
Belon tersebut jatuh ketika melalui Lembah Gubercinlik, di wilayah Nevsehir kira-kira 8.15 pagi waktu tempatan ketika sekumpulan pelancong tersebut sedang bersiar-siar.
Namun, punca kejadian masih belum diketahui.
Pihak berkuasa dan paramedik dikejarkan ke tempat kejadian selepas saksi melihat kejadian itu.
Menurut laporan media Turki, pelancong China yang maut dikenali sebagai Tang Yi, sementara rakyat Malaysia yang cedera dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Kesemua mangsa dirawat di hospital berdekatan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor