Kuala Lumpur - Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran bahawa angin kencang timur laut dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sehingga Khamis ini.
Menurut kenyataan jabatan itu, keadaan sama diramal berlaku di kawasan perairan Palawan, Sulu dan Sulawesi dalam tempoh yang sama.
Angin kencang timur laut berkelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor