TAWAU : Puluhan rumah musnah dalam kebakaran di Lorong Haji Sundu, Batu 2, Jalan Apas, Tawau, hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Rudy Fredzek berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.05 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira lima minit kemudian.
Katanya sebaik anggota tiba di lokasi kejadian, banyak rumah telah musnah kerana api merebak begitu cepat akibat tiupan angin kencang.
“Api berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berhampiran pada 5.10 petang. Operasi itu membabitkan 33 anggota dan pegawai serta empat jentera bomba dan empat utiliti lain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagaimanapun, tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu manakala punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Sumber
Portal Sayang Sabah
Sumber
Portal Sayang Sabah
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor