Pages

Saturday, November 15, 2014

PM ADAKAN PERTEMUAN DENGAN UMNO SABAH


KOTA KINABALU, 15 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang sedang melakukan lawatan ke Sabah Sabtu, mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan Umno Negeri Sabah.

Dalam perjumpaan tertutup itu, beliau meluangkan kira-kira sejam bersama lebih 300 ketua bahagian dan pemimpin tiga sayap iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri.

Najib, yang juga Presiden Umno, tiba di Bangunan Umno Negeri di sini kira-kira pukul 4 petang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri.

Sabtu malam, perdana menteri dijadual merasmikan Pusat Transformasi Bandar di sini.

Terdahulu, beliau merasmikan Konvensyen Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu di Kompleks Sukan Kota Kinabalu.






No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor