Kuala Lumpur - Isu kebiadaban dan perbuatan menghina para pemimpin dan negara sejak kebelakangan ini, mencetuskan emosi sedih para perwakilan pada Perhimpunan Agung Umno 2014.
Sikap pihak tertentu itu nyata tidak lagi mencerminkan budaya masyarakat negara ini yang sepatutnya berpegang teguh kepada percayaan agama dan nilai-nilai murni.
Wakil Kelantan, Rahimah Mahamad ketika menyokong usul agama dan pendidikan pada perhimpunan itu hari ini, nyata mencetuskan rasa sebak dalam kalangan perwakilan terhadap sikap masyarakat kini yang jauh berbeza berbanding dahulu.
"Dulu ada adik kakak macam ini? Ada? Tidak ada..." katanya pada perhimpunan itu yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini.
Beliau yang juga Ketua Wanita Umno Bahagian Machang, Kelantan, berkata trend masyarakat kini juga dilihat semakin jauh menyimpang daripada kesopanan dan kesusilaan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor