Cameron Highlands - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang berkenan melawat Cameron Highlands yang dilanda banjir lumpur minggu lalu. Difahamkan Kebawah Sultan akan berada di Cameron Highlands sehingga 22 November ini untuk meninjau permasalahan rakyat dengan lebih dekat di sekitar Lembah Bertam.
Dalam satu sidang akhbar yang diadakan di Balai Bomba Sukarela di Lembah Bertam siang tadi, baginda menyatakan " Cameron Highlands is a beautiful place, janganlah ada sesiapa yang nak merosakkan keindahannya.... I love my people".
Dalam masa sama, baginda merayu kerajaan persekutuan menyegerakan proses melantik kontraktor bagi mempercepatkan projek pendalaman Sungai Bertam yang diumumkan pada tahun lepas dengan peruntukan sebanyak RM40 Juta.
Bajet RM40 Juta berkenaan dikawal oleh kerajaan pusat dan dikeluarkan berdasarkan kemajuan projek berkenaan. Pemilihan kontraktor dimaklumkan akan dibuat secara tender terbuka oleh kerajaan pusat.
Sehingga kini baru RM2 Juta dibelanjakan bagi kegunaan melantik konsultan. Kerajaan pusat mesti berkerjasama rapat dengan kerajaan negeri dalam projek ini kerana apa-apa berlaku berkenaan dengan projek itu, kerajaan negeri lah yang terlebih dahulu akan dipersalahkan.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor