Pages

Wednesday, October 8, 2014

STESEN MINYAK DIPECAH MASUK


Bukit Mertajam - Pemilik sebuah stesen minyak di Jalan Jelawat, di sini kerugian lebih RM3,000 selepas stesen itu dipecah masuk dua lelaki awal pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Superintendan Baharom Abu berkata kejadian dipercayai berlaku pada pukul 2 pagi itu disedari oleh seorang pekerja stesen minyak yang mahu memulakan kerja pagi ini.

"Lelaki itu kemudiannya memaklumkan kepada majikan sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian berkenaan.

"Pemilik stesen minyak berkenaan mendapati wang tunai dan sejumlah rokok bernilai lebih RM3,000 dalam kedai di situ telah hilang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Baharom berkata pemeriksaan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) di stesen berkenaan mendapati dua lelaki menaiki sebuah motosikal telah memecah masuk stesen itu sebelum melarikan wang tunai dan rokok.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor