Pages

Thursday, October 30, 2014

SHAFEE: SAIFUL BUKHARI SAKSI BERKREDIBILITI


Saiful Bukhari


Putrajaya - Ketua Pasukan Pendakwaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu bahawa bekas pembantu peribadi Ketua Pembangkang, Saiful Bukhari Azlan, 29, adalah saksi yang mempunyai kredibiliti.

Menurutnya, kredibiliti Saiful Bukhari yang juga pengadu dalam kes liwat ini telah diputuskan semasa prosiding di mahkamah tinggi dan Mahkamah Rayuan yang lepas.

"Saya lihat beberapa isu yang dibangkitkan oleh peguam bela semalam adalah bukan isu baru dan ianya adalah seperti yang dijangkakan.

"Kami sudah bersedia dengan jawapan untuk menjawab isu tersebut," katanya kepada wartawan di luar kamar Mahkamah Persekutuan.

Ditanya adalah ini kali pertama beliau 'beraksi' bersama Peguam Utama Pembelaan Tan Sri Gopal Sri Ram, Muhammad Shafee menafikannya.

"Saya pernah bersamanya dalam kes pecah amanah dan pada waktu itu saya memegang jawatan Timbalan Pendakwa Raya," katanya.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor