Ayer Keroh - Seorang buruh binaan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keoh di sini, semalam atas pertuduhan berpakaian separuh bogel di hadapan anak perempuannya.
Tertuduh, Johari Hasan, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majsitret Norinda Maludin selepas mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa.
Berdasarkan pertuduhan, Johari didakwa sengaja melanggar kesopanan seorang perempuan berusia 17 tahun dengan berpakaian separuh bogel iaitu hanya berbaju T sahaja.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Kilometer (KM) 12, Kampung Bukit Pegoh kira-kira jam 10.50 malam pada 11 Oktober 2014.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor