Pages

Sunday, October 19, 2014

'SAYA BERSEDIA JADI JURULATIH'


Moyes


Bekas pengendali Manchester United, David Moyes menjelaskan kariernya belum berakhir dan dia mengakui sudah bersedia untuk kembali menjadi jurulatih.

Moyes ketika ini masih menganggur selepas dipecat kerana aksi buruk yang dipamerkan The Red Devils, musim lalu.

“Saya sudah bersedia untuk melatih. Saya sudah menjalani waktu rehat yang panjang dan sedang menunggu tawaran yang tepat,” katanya.

Moyes sebelum ini dikaitkan dengan Newcastle United bagi menggantikan Alan Pardew.

Selain itu, kelab dari Serie A, Inter Milan turut berminat untuk mendapatkan khidmat jurulatih berusia 51 tahun itu.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor