Ipoh – Dua penjawat awam ditangkap khalwat ketika sedang berdua-duaan dalam sebuah rumah di taman perumahan dekat Tasek, di sini, tengah malam, semalam.
Menurut sumber, Penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menahan kedua-dua individu berusia lewat 20-an yang bekerja di jabatan sama itu pada kira-kira jam 12 malam.
Katanya, tangkapan tersebut dibuat setelah Jaipk mendapat maklumat daripada orang awam bahawa kedua-dua mereka berada dalam keadaan meragukan di kediaman itu.
Ketika diperiksa, didapati kedua-duanya berpakaian lengkap, namun gagal menunjukkan sebarang dokumen yang mengesahkan mereka mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.
“Tiada alasan diberikan bagaimana mereka berada di rumah berkenaan, namun siasatan masih dijalankan dan kita akan panggil kedua-duanya untuk merakam percakapan dalam masa terdekat,” katanya.
Pasangan itu disiasat di bawah Seksyen 54 (1) dan (2) Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor