Kepala Batas - Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas diserang sekumpulan lelaki dalam satu kejadian di kawasan ladang sawit di Pokok Machang, Tasek Gelugor di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Abdul Rahman Ibrahim berkata, mangsa, K. Arichandran, 34, mati di tempat kejadian akibat cedera parah selepas ditetak kumpulan lelaki terbabit yang menyerangnya.
"Polis menerima panggilan pada jam 12.50 tengah malam oleh seorang lelaki warga Myanmar yang memaklumkan rakannya mati selepas diserang sekumpulan lelaki dalam kejadian jam 10 malam.
"Pemeriksaan di tempat kejadian iaitu kawasan ladang sawit itu mendapati mangsa mengalami cedera parah dengan kesan tetakan di kepala, tangan kiri hampir putus akibat tetakan serta beberapa kecederaan lain di badannya," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.
Katanya menurut rakan lelaki yang turut dikenali sebagai Janggu atau Raja itu, mangsa yang menaiki motosikal dipercayai dalam perjalanan ke rumah rakannya sebelum didatangi sekumpulan lelaki sebelum dia dipukul serta ditetak mereka hingga mati.
Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku akibat dendam berikutan mangsa gagal membayar hutang dengan beberapa kumpulan pengedar dadah.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor