Pages

Thursday, October 23, 2014

LIPIS: LELAKI MAUT DIREMPUH KERETAPI


Kuantan - Seorang lelaki maut selepas dirempuh dan diseret keretapi sejauh 250 meter di Kuala Lanar dekat Kuala Lipis awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 1.23 pagi ketika keretapi berkenaan dalam perjalanan dari Tumpat, Kelantan menuju ke Kuala Lumpur.

"Polis yang menerima maklumat kejadian itu daripada kakitangan Keretapi Tanah Melayu (KTM) sejurus selepas kemalangan tersebut kemudian bergegas ke lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat lelaki itu kemudian ditemui dalam keadaan menyayat hati dan mukanya tidak dapat dikenal pasti.

Beliau berkata, mayat tanpa sebarang indentiti pengenalan diri itu kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat mangsa.

"Pemandu dan semua penumpang keretapi Senandung Wau TN yang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu kemudiannya telah meneruskan perjalanan setengah jam kemudian," katanya.

Abdul Razak meminta orang ramai yang melihat kejadian itu supaya menghubungi polis bagi membantu siasatan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor