
Senai – Lima warga asing ditemui mati dipercayai lemas selepas bot pancung dinaiki karam di perairan Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, semalam.
Difahamkan, seramai 36 yang lain berumur antara 5 tahun hingga 40 tahun berjaya diselamatkan dalam kejadian terbabit.
Bot itu dipercayai sarat dengan muatan penumpang terdiri daripada pendatang asing tanpa izin (Pati) dan dalam perjalanan menuju ke Batam, Indonesia.
Berdasarkan maklumat awal, bot terbabit terbalik di kawasan berkenaan antara jam 12 tengah malam hingga 1 pagi.
Ketika kejadian, beberapa anggota tentera dari Kem Sepang membuat rondaan di kawasan perairan terbabit, terdengar jeritan meminta tolong sebelum menemui dan berjaya menyelamatkan beberapa Pati.
Turut ditemui lima mangsa yang meninggal dunia terdiri daripada dua perempuan dan tiga lelaki. Kesemua Pati yang berjaya diselamatkan dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk tindakan lanjut.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Deputi Superitendan Low Hang Seng ketika dihubungi berkata, polis menahan empat lelaki tempatan dipercayai tekong.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor