Pages

Thursday, October 16, 2014

LELAKI RAKYAT MALAYSIA MAUT DITEMBAK DI NARATHIWAT


Kuala Lumpur: Seorang rakyat Malaysia ditemui mati selepas dipercayai ditembak di kepala dalam satu kejadian di Mukim Batong Rusak, di Narathiwat, pagi tadi.

Lelaki itu berusia 50 tahun berasal dari Kuala Krai, Kelantan dan mayatnya kini ditempatkan di Hospital Rusak, Narathiwat.

Lelaki berkenaan dipercayai terbabit dalam kegiatan mencuri kenderaan mewah di negara ini sebelum diseludup ke Thailand.

Dia juga dipercayai bersembunyi di selatan Thailand sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor