Pages

Sunday, October 12, 2014

LELAKI KUDUNG PANDU KERETA GUNA KAKI 160,00 KM DITAHAN


Lelaki kudung pandu kereta guna kaki sejauh 160,000km ditahan



BEIJING: Seorang lelaki kudung yang memandu lebih 160,000 kilometer menggunakan kaki tanpa lesen memandu yang sah telah ditahan di satu lebuhraya di China, lapor media pada Khamis.

"Sewaktu disiasat, pihak polis telah mendapati lelaki itu mengenakan baju lengan pendek, dengan kakinya mengawal stereng kereta," lapor laman web Jingchuwang.

Lelaki berusia 45 tahun itu dikenali sebagai Guo telah ditahan di sebuah lebuhraya di tengan wilayah Hubei.

"Polis segera meminta lelaki itu keluar daripada kereta dan melihat pemandu itu menggunakan ibu jari kakinya untuk menukar gear sebelum mencabut kunci keretanya juga menggunakan kaki," tambahnya lagi.

"Ia satu kemahiran yang terbaik."

Guo hilang kedua-dua belah tangannya pada usia 7 tahun setelah terkena renjatan elektrik.

Dia belajar menulis, menggosok gigi dan mencuci mukanya dengan kaki dan mengambil masa satu minggu untuk belajar memandu.




No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor