Pages

Saturday, October 4, 2014

JIRAN TERKEJUT DUA BERADIK SERTAI IS


Kediaman adik-beradik yang terlibat kumpulan militan IS di Taman Sri Lambak.

Kluang - Jiran kepada Muhammad Afiq Heusen Rahizat, 25, dan Muhammad Aqif Heusen Rahizat, 22, tidak menyangka dua beradik itu terlibat dalam perjuangan militan Negara Islam Iraq dan Syria (IS).

Menurut jiran yang enggan dikenali itu, berita kematian Muhammad Afiq yang diketahui melalui akhbar tempatan amat mengejutkan kerana kedua-dua beradik itu seorang yang baik.

“Saya sekeluarga kenal mak dan ayah mangsa dan mengetahui serba sedikit mengenai dua beradik ini menerusi bapa tiri Allahyarham yang pernah mengatakan bahawa anaknya pernah menyatakan hasrat mahu membawa dia dan isteri pergi ke Syria,” katanya kepada Sinar
Harian, di rumahnya di Taman Sri Lambak, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan Muhammad Afiq Heusen menjadi rakyat Malaysia kelima yang terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Bashar Al-Assad di negara bergolak itu.

Difahamkan, Muhammad Afiq Heusen atau nama gelarannya Abu Dubais masuk ke Syria pada 6 April lalu, untuk menyertai perjuangan IS.

Dia ke sana bersama adik kandungnya, Muhammad Aqif Heusen atau nama gelarannya Abu Sufyan Malayzi, yang difahamkan masih lagi berada di Syria.

Bagaimanapun, hasil tinjauan di kediaman rumah mangsa mendapati pintu rumahnya berkunci dan tiada individu yang keluar masuk ke rumah berkenaan.

Malah, Sinar Harian turut mengunjungi kedai milik ibu kedua adik-beradik itu yang terletak di Taman Sri Lambak untuk menemui ibunya namun gagal.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor