DUA Adun Pas Selangor, Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin dilaporkan akan dipanggil mengadap Lembaga Disiplin parti esok (hari ini) ekoran tindakan mereka yang didakwa mendahului parti dengan memberikan sokongan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam kemelut pertukaran Menteri Besar Selangor.
Sehingga ini apa yang bermain di fikiran orang ramai ialah apakah hukuman yang bakal diterima oleh kedua-dua Adun itu terima. Adakah mereka akan dipecat, digantung, diberi amaran atau dilepaskan begitu saja?
Sementara Presiden Pas, Haji Hadi kelihatan amat berang dengan tindakan Saari dan Hasnul ini dengan melabelkan di pentas terbuka penggulungan Muktamar Pas di Batu Pahat dengan cop pengkhianat, barua, broker dan sudah dibeli, sebaliknya DAP pula meraikan kedua-dua Adun itu semalam (kelmarin) dalam sebuah majlis jamuan dan menganggap mereka adalah "wira" yang mempertahankan kerajaan PR Selangor.
Berdepan dengan apa yang berlaku kepada Iszurie Ibrahim, Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang yang juga Bendahari Pas negeri yang dikeluarkan daripada semua jawatankuasa tetap dan dibekukan peruntukannya ekoran kritikan terbuka terhadap dasar perumahan kerajaan negeri dalam ucapannya di muktamar baru-baru ini, sanjungan DAP terhadap Saari dan Hasnul bagaikan sengaja merenjis minyak kepada api yang sedang membara dalam Pas ketika ini.
Saari dan Hasnul sebelum ini mempertahankan tindakan mereka adalah bertujuan menafikan dakwaan sokongan majoriti yang didakwa dimiliki oleh Khalid Ibrahim serta atas semangat untuk mempertahankan kerajaan negeri PR.
Kiranya esok (hari ini) Saari dan Hasnul akan dipecat oleh Pas, tanggapan umum tentunya tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan ucapan Haji Hadi di muktamar baru-baru ini. Akan wujud persepsi bahawa Lembaga Disiplin Pas hanyalah "rubber stamp" kepada Haji Hadi saja.
Malah mungkin juga wujud tanggapan bahawa hukuman pecat itu sebagai luahan rasa kekecewaan Pas bukan saja kerana gagal untuk terus mencatur penentuan politik di Selangor, bahkan juga kerana kehilangan satu kerusi Exco di negeri itu.
Tambahan pula, isu politik di Selangor secara umumnya sudah pun selesai apabila Azmin Ali diangkat sebagai Menteri Besar dan tidak seharusnya lagi Pas memanjangkan isu dengan suatu tindakan yang seolah-olah ada unsur balas dendam.
Lebih dari itu, tindakan pemecatan juga akan meretakkan lagi hubungan Pas dalam PR di sebalik parti itu berulang kali menyatakan mahu terus kekal dalam gabungan itu bersama PKR dan DAP. Ini kerana apa yang dilakukan oleh Saari dan Hasnul adalah atas semangat untuk mempertahankan kerajaan PR yang didokong oleh Pas juga.
Malangnya dalam krisis menteri besar ketika itu, bukan Saari dan Hasnul yang cuba lari dari semangat dan janji bersama PR, tetapi pihak lain dalam Pas. Lagi pula bukannya kedua-dua mereka ini menyokong calon daripada parti musuh, malah daripada parti yang diakui oleh Pas sendiri berhak terhadap kerusi Menteri Besar itu.
Sudah tentu, jika pemecatan juga yang dibuat esok (hari ini), ia bukan saja keterlaluan, tetapi akan menjadikan Pas semakin terpinggir di mata pengundi pelbagai kaum yang menyokong PR selama ini. Pas tidak akan dipercayai lagi selepas ini. Ia adalah sesuatu yang merbahaya kepada masa depan Pas, khususnya di Selangor dalam pilihan raya akan datang.
Tindakan gantung juga tidak sesuai diambil jika Pas benar-benar ingin bersama PR bergerak ke hadapan menentang Umno dan BN. Pas haruslah mengakui tindakan Saari dan Hasnul memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah kerana salah Pas sendiri yang lambat menyatakan pendirian dan menangguh-nangguhkan tarikh mesyuaratnya.
Jika Pas lebih agresif dan progresif dalam tindakannya, termasuk mempercepatkan tarikh mesyuarat berhubung isu menteri besar dahulu, semua ini tidak mungkin berlaku.
Berdepan dengan kemungkinan hilang sokongan pengundi bandar dan separa bandar serta mesej yang diterima Pas dalam keputusan pilihan raya kecil Pengkalan Kubor, hukuman yang wajar diterima oleh Saari dan Hasnul hanyalah diberikan amaran saja.
Lebih berjiwa besar jika Pas tidak menyabitkan dengan sebarang hukuman, lebih-lebih lagi dakwaan kononnya mereka dibeli atau bukti lain yang bersifat salahlaku juga tidak pernah dibuktikan sehingga kini.
Walaupun dilihat tidak seiringan dengan pendirian Haji Hadi tetapi adalah nyata bahawa Saari dan Hasnul melalui tindakan yang dilakukannya bertujuan ingin membawa Pas bergerak di landasan yang betul bersama-sama dengan PR.
Bukan salah mereka kerana bertindak cepat mendahului Pas dalam memberi sokongan kepada Dr Wan Azizah tetapi salah Pas kerana selalu lambat dan perlahan.
Berikut adalah pendapat dan komen pembaca;
Kijang Mas · Top commenter
Apabila Ahli membelakangkan parti seharusnya,dihukum dengan keras, kalau hassan ali boleh dipecat kenapa tidak 2 ADUN ini biarkan mereka ikut DAP yang sanjung mereka..kerana kepenting DAP dan keuntung DAP lah mereka sanjung. Sanjungan hanya luaran saja tapi hakikatmereka ,Bodoh.
Nordin Kcd
Hukum mereka, jangan tak hukum. PAS jangan takut kehilangan ahli yang khianat kepada parti disaat-saat parti memerlukan sokongan mereka.
emtiar1 (signed in using yahoo)
Siapa kata PAS lambat bertindak? Bukankah PAS sudah dari awal-awal lagi bertindak "menolak" Wan Azizah? Tindakan PAS itu sebenarnya adalah untuk "mengajar" Anwar yang sengaja mengkhianati Khalid Ibrahim.
Hanya penganalisis politik yang berjiwa Islami sahaja yang faham akan keputusan yang diambil oleh Presiden PAS. Mereka yang kurang empuk pasti kurang mengerti.
Hasrul Zainal · Top commenter
perjuangan ke jalan Allah pasti akan mencapai kemenangan........pemimpin&penyokong pas harus lebih bersabar. adakah pas akan tewas jika keluar pr @ kemenangan bersama pr akan turut memenangkan perjuangan pas ? pas sepatutnya mengambil peluang utk mencari jalan bagi menarik sokongan masyarakat sekarang yang semakin berminat dgn program2 agama. bersama @ keluar dr pr......yg penting berjuang dlm mencari keredhaan Allah Allah..
Feekey Kelate · Top commenter · UITM
ramai yg suka tgk parti PAS berpecah sampai mengabaikan parti yg rakus dengan sentimen perkauman, parti gila kuasa, parti yang curi duit rakyat. mcm nie la nasib parti islam di akhir zaman, sikit saje masalah, sume org akan pandang negatif dengan mcm2 kenyataan yang mengelirukan . Cabaran buat PAS dalam menghadapi situasi ini , apatah lagi dikhianati oleh org islam sendiri. Tp insyallah, PAS akn tetap bertahan, tiada jalan yang senang dlm perjuangan..teruskan berjuang..
Pawana Sari · Works at Tidur Lepak Dan Makan (TLDM)
Pkr dan Dap hanya menggunakan Pas sebagai peraih undi melayu.. dah menang, diorang buat Pas macam sampah.. selama ni Pas menang di kelantan pun tanpa bantuan kedua-dua parti opportunist dan komunis ni.. tinggalkan aje.. biar diorng kerja sendiri tarik undi melayu..
Shahrul Akmal · Top commenter · Works at Roberts Benaim
Agak pelik melihat kelaku DAP dlm kes 2 adun PAS ni dgn kes Iszurie Ibrahim. Yg nyata jelas sikap mereka suka mencampuri urusan dalaman rumahtangga org spt kes 2 adun ni dan jugak cakap tak serupa bikin spt dlm kes Iszurie
Zarhalim B Jamion Halim · Top commenter · UiTM Shah Alam
Kebanyakan yang membuat komen macam bukan dari hati dan mulut orang islam tetapi yang sedihnya terang terang dari kalangan orang dan pemikiran orang melayu
Aljazira Almera · Top commenter · Kuala Krai
Inilah Kesan Kpd PAS akibat krisis MB Selangor...exco kurang,kalah besar di Pkl.Kubor,PKR senang senang duduk Kerusi MB tapi di tinggal kan tahit utk PAS.
Insan Biasa · Top commenter · University of Malaya
Adanya makhluk seperti 2ekor ni lah,merosakkan PAS..kalau dh asal dr tangki taik,payah nk hilang bau busuknya
Muhd Hazim Bohari · Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arau
Maslina Razak betul tu.. sapa suka ditolak main kepala sendiri
Johan Sabian · Top commenter · Christian-Albrechts-Universität zu Kiel
Inilah cara DAP. Cuma PAS lemah
Ron Romzi · Top commenter · Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
penulis ni memang menulis sampah.....kemana sebenar fokus pun entah...kejap mcm sokong pas. kejap sokong 2 adun ni...kejap mcm bg amaran kpd pas jgn ambik tindakan......sabuddin...menelusuri tulisan2 anda.....sememangnya selayak sampah je...tak membena dn bercempera....mcm pening ketum je.....tulisan seperti anda tidak membantu sesuatu yg jernih...ingat tu!
Fizzy Jay · Follow · Top commenter · Works at KakiLIKE
Pecat jangan tak pecat... 2 ekor "Barua"+"Broker" tu dah tak sabar nak masuk DAP@PKR... tunggu apa lagi... biar diaorang berambus cepat-cepat dari PAS... tak de le sakit sangat mata memandangnya... otak diaorang pun dah kena "brainwash" ngan DAP+PKR untuk memusuhi PAS... dah elok berkiblatkan puak Islam... tiba-tiba pulak nak beralih arah kepada puak-puak SEKULAR LIBERAL-PLURALIS+SOSIALIS-KOMUNIS... apahal??? mabuk KETUM agaknya..... mereka semua ni ibarat sampah-sarap yang dibawa arus kehilir selepas hujan..... berhenti saja ribut dan hujan... bersih le semula sungai yang dipenuhi kekotoran sampah-sarap tersebut..... Jom pakat-pakat buang sampah-sarap ke tempatnya... lagi pun bahaya kalau biar sampah ni berlonggok lama-lama depan rumah kita... boleh membiak aedes dan menyebabkan demam denggi yang serius... bahaya... bahaya...
Jimi Hero · Top commenter · Engineer at JKR
pendapat saya hukuman tetap hukuman..walupon yang dilakukan adlah benar, tetapi perlu bersabar dalam menentukan corak kesatuan..
membuat keputusan mendahului kesatuan adalah salah... mungkin dari segi individu x salah...sama seperti TSKI yang bertindak individu dengan ingkar arahan kesatuan/pasti..salah n kene pecat...
yg menjadi persoalan adalah, apa bentuk hukumannya.....
Aziz Seman · Top commenter · Smk pengkalan chepa 1
Buang saha orang macam ni. Ini bukan isu PR, ini isu intergriti dan berjemaah. Mesti ikut jemaah..
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor