
Georgetown - Pasukan peronda sukarela dan pertubuhan keselamatan tidak boleh sewenang-wenangnya menggunakan logo Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada pakaian seragam mereka kerana menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pertubuhan keselamatan di negeri ini menggunakan logo PDRM pada kemeja-T dan vest pantulan cahaya pasukan masing-masing.
Beliau berkata, perbuatan itu bertentangan dengan Akta Polis 1967 dan boleh dikenakan tindakan.
"Hanya pasukan polis bantuan dibenarkan menggunakan logo PDRM pada pakaian seragam mereka.
"Saya menasihatkan mereka yang masih menggunakan logo PDRM pada pakaian seragam agar menanggalkannya segera atau bakal diambil tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri program PDRM bersama pelanggan di sebuah pasar raya di Bandar Baharu Farlim di sini hari ini.
Beliau bimbang ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk tujuan penyamaran dan melakukan jenayah jika logo PDRM bebas digunakan oleh pihak tertentu.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor