Pages

Wednesday, October 1, 2014

JADIKAN IKTIBAR INSIDEN LAHAD DATU


Papar - Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) khususnya di Sabah diseru agar sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara yang boleh menggugat kestabilan dan kedaulatan negara.

Panglima Angkatan Petugas 450, Mejar Jeneral Datuk Ranjit Singh Ramday berkata, insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, awal tahun lepas adalah suatu peristiwa yang tidak dijangka dan harus dijadikan iktibar oleh setiap lapisan masyarakat terutamanya, anggota keselamatan.

Sambil melahirkan rasa bangga terhadap anggotanya, Ranjit berkata tahap profesional dan keberanian tinggi mereka yang sanggup bergadai nyawa bertempur dengan musuh negara, seharusnya disanjung tinggi. 

"Sebagai anggota tentera, kita sentiasa bersiap sedia sebab kita tidak tahu bila dan di mana ancaman itu akan timbul sama ada ancaman itu di dalam atau luar negeri, kita bersedia untuk hadapi," katanya dalam sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Angkatan Petugas 450 kepada Mejar Jeneral Datuk Masrani Paiman di Kem Lok Kawi, di sini, hari ini.

Ranjit yang sebelum ini bertugas sebagai Panglima Angkatan Petugas 450 akan berpindah ke Sarawak sebagai Panglima Divisyen Pertama Infantri.

Hadir menyaksikan upacara serah terima tugas itu ialah Panglima Pemerintahan Wilayah Timur (Sabah Sarawak) Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor