Pages

Tuesday, October 21, 2014

IDRIS: PAS SENGAJA SEBAR FITNAH


Melaka - Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron mendakwa, Pas sengaja menyebar fitnah kononnya akan berlangsung Oktoberfest atau apa yang didakwa sebagai pesta arak pada 18 Oktober lalu dengan menguar-uarkan perkara tersebut sedangkan ia tidak berlaku.

Menurutnya, tindakan itu, dilakukan dengan tujuan berniat jahat sebagai cubaan mahu membunuh karakter Ketua Menteri yang membawa unsur keseimbangan duniawi serta ukhrawi dalam melakukan kepimpinan.

Sebaliknya menurut Idris, kerajaan negeri menerima kehadiran puluhan ribu umat Islam yang datang untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.

“Itulah hakikatnya, Alhamdulillah kerana fitnah yang disebar, dibalas dengan kejayaan program berselawat, Malam Cinta Rasul dengan cemerlang sekali pada malam 18 Otober lalu.

"Dan saya ingin tegaskan, orang Islam yang minum arak akan tetap dipantau dan ditangkap oleh pihak Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim),” katanya.

Kenyataan Ketua Menteri itu sebagai susulan daripada kenyataan media yang dibuat Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail Mohamad mengenai dakwaan akan berlangsungnya penganjuran Oktoberfest atau Pesta Arak di Jonker Walk pada 18 Oktober lalu dan berharap kerajaan negeri dapat menghalang penganjuran berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor