Kuala Lumpur - Himpunan #ProtesPetrol 104 yang didakwa diadakan di ibu negara pada petang semalam sepi tanpa kelibat peserta bantahan.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online semalam mendapati keadaan lengang di lokasi himpunan iaitu Dataran Merdeka.
Sambutan Hari Raya Aidiladha dan keadaan cuaca hujan yang tidak diduga pada petang ini mungkin menjadi salah satu faktor kegagalan himpunan tersebut.
Bagaimanapun kelihatan barisan pihak berkuasa bertugas dan mengawal sekitar lokasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Aliran trafik juga berjalan lancar di kedua-dua arah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad tanpa sebarang penutupan laluan.
Sebelum ini, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa melarang tegas mana-mana pihak atau individu dari menyertai bantahan tersebut.
Beliau juga menegaskan kepada orang ramai supaya tidak berhimpun bagi mengelakkan sebarang insiden tidak diingini.
Menurutnya, himpunan tersebut merupakan satu kesalahan dan akan didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman.
“Secara tidak langsung ia mampu mengganggu ketenteraman awam selain mencemarkan imej negara," katanya.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor