Pages

Thursday, October 9, 2014

DUA BERANAK MAUT, LAPAN CEDERA KEMALANGAN


Pasir Mas - Dua beranak maut dan lapan lagi cedera termasuk seorang kanak-kanak dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Kancil dan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Pasir Mas -Tanah Merah berhampiran Kampung Galok, Chetok, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, dua penumpang di bahagian belakang kereta tersebut, Jawahim Muhammad, 62, maut di tempat kejadian manakala ibunya, Fatimah Ismail, 85, meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Pasir Mas (HPM).

Pemandu kereta tersebut Abd. Karim Othman, 26, bersama tiga lagi penumpang iaitu Kamariah Muhamad, 45; Khadijah Daud, 42, dan seorang kanak-kanak, Muhammad Amir Mohamad Razmi, 5, mengalami kecederaan dan dirawat di hospital yang sama.

Bagaimanapun pemandu pacuan empat roda, Zurilan Daud, 36, hanya cedera ringan manakala penumpangnya, Faridah Daud ,44, serta dua lagi yang belum dikenal pasti identitinya turut tercedera dan mendapat rawatan di HPM serta Hospital Tanah Merah.


No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor