Kuala Lumpur - Polis telah merakam percakapan 21 individu bagi membantu siasatan insiden serangan bom tangan di depan sebuah kelab malam di Bukit Bintang, Khamis lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata sehingga kini, masih belum ada tangkapan dibuat bagi kes berkenaan.
"Polis sedang mengumpul serta memeriksa kesemua rakaman litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian dan menjangka dapat menyelesaikan pemeriksaan dalam tempoh terdekat," katanya dalam kenyataan semalam.
Pada 9 Oktober lepas, seorang joki kereta, Tiong Kwong Yie, 36, maut dan 12 yang lain cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor