PUTRAJAYA - Polis akan meneruskan siasatan kes di bawah Akta Hasutan 1948 walaupun Peguam Negara mahu mengkaji semula dakwaan beberapa kes di bawah akta tersebut.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tugas pihak polis adalah untuk melakukan siasatan apabila ada laporan polis dan selepas kertas siasatan siap maka ia akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
"Tanggungjawab pendakwaan terletak di bawah Jabatan Peguam Negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Ahmad Zahid berkata, demikian ketika mengulas kenyataan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail Selasa lepas yang mahu menyemak semula kes pensyarah Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Azmi Sharom dan beberapa kes lain di bawah akta tersebut.
Abdul Gani berkata, keputusan mengenainya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menyaran kerajaan mengekalkan Akta Hasutan 1948 atau diganti dengan akta lebih baik demi menjaga ketenteraman dan keharmonian di negara ini.
"Di media sosial, mereka yang tidak bertanggungjawab telah memainkan isu-isu sensitif seperti perkauman, agama dan institusi diraja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi pejabat KDN
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor