
SEBETULNYA, insiden keluar dewan yang berlaku ketika Mat Sabu berucap dalam persidangan Dewan Pemuda PAS yang berlangsung semalam, bukanlah satu-satunya kekecohan yang berlaku dalam persidangan tersebut.
Ketika perbahasan sedang dijalankan pun, berlaku juga kekecohan bila beberapa perwakilan mempertikaikan minit mesyuarat tahun lepas yang tidak sah kerana dakwaan ada PAS kawasan yang tidak bermesyuarat tapi masih menghantar wakil ke Muktamar tersebut.
Muktamar tahun lepas adalah muktamar dimana pemilihan jawatan-jawatan tinggi PAS diadakan,
Penulis tak nak cerita panjang kerana semua perkembangan berkaitan kekecohan tersebut boleh dibaca di media arus perdana, media PAS jangan carilah, dia tak cerita ini semua.
Yang penulis nak sebut disini ialah semua ini menunjukkan perpecahan dalaman PAS semakin hari semakin parah. 2 kelompok berbeza – pro Anwarinas dan pro Ulama sedang berperang sesama sendiri walaupun ada dikalangan pemimpin PAS semahu-mahunya cuba menafikan perkara tersebut.
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor