Pages

Thursday, September 4, 2014

MH17 : LAPORAN AWAL AKAN DIBENTANG BULAN INI


MH17 6


Jasin - Laporan awal tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas, akan dibentang jawatankuasa penyiasatan yang berpusat di Belanda bulan ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata laporan itu penting bagi memberi panduan untuk siasatan lebih mendalam terutama punca sebenar tragedi itu, yang mengorbankan 298 penumpang dan anak kapal pesawat berkenaan.

“Hanya akan ada satu laporan iaitu daripada jawatankuasa penyiasatan yang kita anggotai, tiada laporan berasingan akan dikeluarkan oleh Malaysia atau negara lain yang terlibat,” kata Presiden MCA itu kepada pemberita selepas menghadiri Makan Malam MCA Bahagian Jasin di sini malam Rabu.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong, yang juga Timbalan Presiden MCA.

Pesawat itu ditembak jatuh ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Dalam perkembangan berkaitan, Liow berkata pihak penyiasat tragedi pada hari Rabu mengenal pasti satu lagi mayat rakyat Malaysia, menjadikan jumlah setakat ini 33 orang.

“Bagaimanapun, kita ada 10 lagi yang belum ditemui atau dikenal pasti, sama ada mayat mereka masih di kawasan kemalangan atau tidak itu, kita masih siasat,” katanya.



No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor