Pages

Thursday, September 11, 2014

KUANTAN: NAIK TARAF PEMBENTUNG ATASI BANJIR KILAT


Longkang konkrit berbentuk U akan dibina menggantikan longkang tanah di laluan ini sehingga Jalan Lim Hoe Lek.

Kuantan - Pembetung dan sistem saliran di kawasan Bukit Sekilau di sini dinaik taraf bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Jurutera Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) Daerah, Sumiliana Sulong berkat, kerja naik taraf dilakukan selepas mengambil kira faktor utama berlakunya banjir kilat sebelum ini adalah disebabkan keadaan pembetung dan sistem saliran yang kecil tidak dapat menampung jumlah air yang mengalir.

“Faktor pembangunan kawasan setempat menjadikan kapasiti sistem saliran di sini semakin banyak.

“Pembetung sebelum ini hanya selebar 2.1 meter dengan kedalaman 750 mililiter akan dinaik taraf menjadi 3 meter lebar dan 1.8 meter dalam,” katanya.

Kerja menaik taraf itu sedang dilaksanakan di Jalan Bukit Ubi 1, dan pengguna jalan raya dinasihati menggunakan lencongan yang ditunjukkan penjaga bendera sehingga ia siap sepenuhnya pada 25 September nanti.

Sementara itu, Sumiliana menjelaskan, longkang tanah di kawasan yang sama juga akan dinaik taraf menjadi longkang konkrit berbentuk U.

“Longkang konkrit akan dibina bermula dari penghujung pembetung di Jalan Bukit Ubi 1 sehingga Jalan Lim Hoe Lek sejauh 200 meter.

“Oleh itu, kami harap orang ramai bersabar sepanjang projek ini berlangsung,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap agar masalah banjir kilat di kawasan ini dapat diatasi sepenuhnya selepas kedua-dua projek menaik taraf ini selesai dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor