Georgetown - Polis akan memanggil seorang khatib yang didakwa menyampaikan khutbah Jumaat dengan mengkritik tindakan polis serta kerajaan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) pada 31 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalthrash Wahid berkata, pihaknya menerima laporan mengenainya daripada seorang lelaki petang semalam.
Beliau berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan polis akan memanggilnya untuk diambil keterangan.
"Saya mengesahkan menerima laporan dan membuka kertas siasatan mengikut Sekyen 4 (1) (b) Akta Hasutan 1948," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.
Sinar Harian hari ini melaporkan, seorang ahli Pas kawasan Tanjung, Ariff Ibrahim membuat laporan polis berhubung tindakan seorang khatib yang menyampaikan khutbah berbaur hasutan di sebuah masjid di Jalan Terengganu, petang semalam.
[ARTIKEL BERKAITAN: Khatib kritik polis dalam khutbah]
No comments:
Post a Comment
Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor