Pages

Wednesday, September 10, 2014

DHIYA PERLU PEMBEDAHAN SEGERA


Norain merayu bantuan orang ramai untuk melihat anaknya pulih.

Pasir Gudang - Senyuman seorang ibu tidak seceria insan yang lain apabila memikirkan bayi kecil terpaksa menanggung derita penyakit Biliary Atresia atau kerosakan serius pada organ hati.

Norain Mohd Noor, 25, berkata, anaknya, Nadzatul Dhiya Nadzeera Nadzrul Fikri, setahun sembilan bulan yang mesra dipanggil Dhiya disahkan penghidap penyakit itu sejak dilahirkan.

Menurutnya, pembedahan pertama yang dijalankan ketika Dhiya berusia tiga bulan hanya mampu bertahan lapan bulan berikutnya sahaja dan disahkan doktor semakin kritikal apabila 100 peratus organ hatinya telah rosak.

“Sejak dilahirkan Dhiya ada kuning, tapi selepas usianya 20 hari kuning itu hilang. Bagaimanapun selepas membuat suntikan bulan kedua, kuningnya kembali lagi.

“Apabila dirujuk ke hospital, doktor sahkan organ hati Dhiya telah rosak dan perlukan pembedahan. Saya lega selepas pembedahan pertama Dhiya sihat, tapi tak sangka hanya mampu bertahan lapan bulan sahaja,” katanya yang ditemui Sinar Harian di kediamannya di Flat Tasik Bandar Seri Alam, di sini, semalam.

Norain berkata, hatinya sebak apabila dimaklumkan kos pembedahan Dhiya dianggarkan sebanyak RM500,000, memandangkan jumlah itu jauh di luar kemampuannya yang mencari rezeki sebagai jurujual jam tangan bersama suami.

Menurutnya, hanya simpati orang ramai yang diharapkan untuk melihat Dhiya kembali sihat walaupun disahkan doktor anak kesayangannya itu terpaksa bergantung kepada ubat sepanjang hayat.

“Saya tak sampai hati nak lihat Dhiya terus menderita kerana walaupun kuat makan, tapi kerap buang air besar dan kulitnya mengalami gatal-gatal sehingga berdarah apabila digaru terlalu kuat.

“Dhiya tak boleh tidur terlentang kerana mengalami kesukaran bernafas memandangkan perutnya agak besar. Sepanjang masa Dhiya hanya mampu merengek seperti menahan sakit dan tidak mampu berjalan kerana keadaan tulang kakinya yang tidak kuat," katanya dengan linangan air mata.

Katanya, dia terpaksa meninggalkan Dhiya bersama ibunya keluar berkerja untuk membantu menambah pendapatan suami bagi menampung kos susu dan kos ulang-alik ke Pusat

“Saya dalam proses nak berhenti kerja, tapi memikirkan tanggungan berat terpaksa dipikul suami, saya tangguhkan dulu," katanya.

Orang ramai yang ingin menderma boleh salurkan terus melalui akaun bank bersama CIMB atas nama Norain Mohd Noor dan Adzlina Ibrahim 7055673237 atau hubungi Norain 014-2717423 atau ibu mertuanya, Adzlina 017-8773670.

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor