Pages

Wednesday, September 3, 2014

ARAB SAUDI RANCANG PINDAH MAKAM NABI MUHAMMAD SAW?



Riyadh - Arab Saudi dilaporkan sedang merancang untuk memindahkan makam Nabi Muhammad SAW dari Masjid Nabawi bagi mengelak kawasan itu daripada menjadi tapak pemujaan, satu tindakan yang bakal menimbulkan kontroversi di kalangan umat Islam.

Bagaimanapun, difahamkan, rancangan itu masih belum mendapat persetujuan daripada pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah yang merupakan penjaga dan penyelia Masjid Nabawi yang menempatkan makam tersebut.

Menurut laman web Independent, dokumen setebal 61 muka surat itu sedang diedarkan dalam kalangan penyelia tapak itu semalam, yang mencadangkan bahawa jasad Nabi Muhammad SAW dipindahkan ke tanah perkuburan al-Baqi yang terletak berhampiran Masjid Nabawi.

Lokasi baharu makam Nabi Muhammad SAW tidak akan didedahkan dan tidak akan ditandakan.

Cadangan itu timbul selepas beberapa orang ulama khuatir kunjungan ke makam itu akan bertukar kepada aktiviti pemujaan yang merupakan perbuatan syirik dalam Islam.

Pengarah Yayasan Penyelidikan Warisan Islam, Dr Irfan al-Alawi berkata, satu-satunya cara untuk untuk menghentikan kunjungan orang ramai ke tapak itu adalah memindahkan makam tersebut.

Kerajaan Arab Saudi sebelum ini menegaskan bahawa mereka menjaga pembangunan kawasan-kawasan suci umat Islam di negara itu dengan penuh serius.

Bagaimanapun timbul kebimbangan rancangan itu dipercayai bermula daripada pergerakan pembaharuan dikenali Wahabi, yang dilihat boleh memecahbelahkan umat Islam di mana pengikut fahaman Sunnah dan Syiah dijangka akan menentangnya,

"Saya pasti penganut Islam di seluruh dunia akan terkejut dengan pendedahan ini. Ia akan menimbulkan kemarahan mereka,'' kata Irfan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

Segala komen yang tersiar adalah pandangan dan pendapat peribadi dan PahangKu tidak sesekali mewakili sesiapa atau mana-mana pihak dan tanpa dipengaruhi berhak untuk menyiar atau tidak komen yang ditulis. Pandangan dan pendapat dari komen yang tersiar tidak juga merupakan pandangan PahangKu ~ Editor